Wednesday 19 June 2013

Salam Pengenalan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Blog Tinjau-Tinjau Selagi Ada ini telah berjaya dibangunkan.

Selamat datang ke Blog Tinjau-tinjau
Selagi Ada. Tujuan halaman blog ini dibina adalah merupakan platfom kepada pengunjung-pengunjung yang sudi dan berminat untuk berkongsi maklumat dengan saya. Blog Tinjau-tinjau Selagi Ada ini menyediakan pautan bermanafaat tentang pelbagai bidang saperti menyediakan bahan-bahan panduan, latihan, pengajaran, pembelajaran maklumat, perniagaan dan sebagainya.

Terima kasih kepada rakan-rakan dan sesesiapa yang memberi sokongan,berkongsi bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran untuk blog ini. Anda semua boleh menghantar email kepada saya melalui alamat emel: melmasuk@gmail.com  jika ingin berkongsi idea dan pendapat dalam memperbaiki serta mengemas kini maklumat dan bahan di dalam blog ini.


Sesungguhnya dalam era dunia tanpa sempadan tidak dapat dinafikan bahawa blog merupakan satu media alternatif yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada para pengunjung, menggunakan saluran internet sebagai medium untuk menyampai dan mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti murni.

Saya amat berharap agar semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung akan mengambil peluang ini untuk berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya bagi membantu mempertingkat dan memantapkan lagi Blog Tinjau-tinjau
Selagi Ada.

Diharap Blog Tinjau-tinjau 
Selagi Ada ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi jalinan yang erat di antara  rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung tanpa mengira status untuk menyertainya.

Sekian, terima kasih.