Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan disekitar Kota Basrah.Pada suatu hari sedang ia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu terus mengekorinya. Bila wanita ini menyedari ada orang mengekorinya ia pun berkata, "Wahai orang muda! Kenapa kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada Allah ?" Jawab Hassan Basri, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu."
Jawab puteri ini, "Baiklah, kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu di sini sebentar lagi, aku akan berikan apa yang kamu mahukan itu."Puteri ini pun berlalu, sebentar kemudian datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikan bungkusan. Setelah dibuka bungkusan itu amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "tuan puteriku tidak memerlukan mata yang kamu terpikat padanya."Bergementarlah tubuh hassan Basri bila menyerdari kesalahannya.
Pada keesukkannya ia pun pergi ke rumah tuan Puteri ini untuk meminta maaf di atas kesalahannya itu. Lalu ia diberitahukan yang tuan Puteri ini telah meninggal. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam ke 3 ia telah bermimpi bertemu dengan puteri ini. Berkata assan, "Maafkanlah kesalahanku itu dan berikanlah satu nasihat." Jawab tuan puteri, "Dengarlah nasihatku ini,bila kamu bersendirian hendaklah mengingati Allah, berzikir, beristighfar,mohonlah keampunan pada Allah dan bertaubatlah kepada kepadaNya.
Petikan Diari Islamiah 1997 - Perunding Budiman Ulama