Salah
seorang sahabat pun bertanya, Kenapa ikan tidak mempunyai lidah ?
"Sabda Rasullullah s.a.w, "Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s
maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua
malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis
enggan sujud maka Allah melahnatnya dan mengusirnya keluar dari syurga
dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali
yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan."Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebohkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Petikan Diari Islamiah 1997 - Perunding Budiman Ulama

No comments:
New comments are not allowed.